Wednesday, 14 February 2018

Lunch @ OISO Korean Traditional Cuisine & Café IOI City Mall

I cuti hari tu so I saja nk keluar untuk makan Korean Food. “Me Time”. I dah lama tau pasal resto ni. Sebelum ni I pernah makan di Oiso Bangsar tp sedihnye, cawangan yang dekat situ dah tutup. X tau la kalo skg dah di bukak balik. Kitaorang pergi last year, tup-tup tengok seluruh kawasan tu tengah direnovate. Lepas dari hari tu, x pergi lagi dah ke kawasan sana. So bila dapat tau yang kedai ni nak dibuka di IOI City Mall, memang gembira la. Dekat IOI ni saja banyak kedai makan korea tau. Tu yang best tu. X perlu nak cari jauh-jauh..

WELCOME

Last time I makan dekat OISO, I rasa its one of the best tasted korean food. Rasa dia more authentic compare dengan kedai yang lain la. Restaurant ni betul-betul bersebelahan dengan Parkson kawasan baby. Berdepan dengan Pancake House International. Time I sampai, I customer yang ketiga la dalam kedai tu. Lagi pun, I datang awal sikit dari lunch hour. Dalam kul 11. Lepas tu nk shopping sikit. My favourite dish, got to be Kimchi Jigae. I memang suka. Kalo x Kimchi Jigae, mesti Bibimbap. Menu dia dkt sini, ada pelbagai jugak. Walaupun hati terdetik nk try menu yang lain, tp last2 order Kimchi Jigae jugak. Payah betul nk move on. Hahaha

MENU

MENU

MENU

ROMANTIC FEEL

I saja pilih spot bawah pokok. Hahaha..fefeeling la konon kan..tp panas lak duk situ. Pokok tu menghalang aircond kot. Hahaha. Dah la menhirup kimchi jigae yang panas tu..berpeluh-peluh. Deco dia simple and charming. I like. Dekat sini, xde lak lunch menu. I x nampak la pulak. Tp dari segi harga, for me, lebih kurang sama macam resto Korea yang lain. 

SEDAP GILERZZ RM19.90

COLD HONEY LEMON TEA


ALHAMDULILLAH..KENYANG. HEHEHE

First glance on the Kimchi jigae, nampak lain sikit. Kaler dia lebih vibrant dan lebih berminyak. Serious sedapp..terasa kimchi dia..Ni just based on my opinion. Orang lain I x tau la. Tp coz I dah pernah try banyak tempat, ni antara my top 2. Tempat lagi satu, kena cerita di entry yang lain. Hehehe. Memandangkan I makan sorang2, so x leh order lebih-lebih. Kalo ada mr hubby, at least leh order pajeon. I makan set Kimchi Jigae tu pun dah kenyang giler.  Banchan dia pulak, for me, biasa saja. But Kimchi dia nice. Next time, nk bawak mr huby lak. Bersyukur sangat2 yang mr hubby pun penggemar makan korea. Leh jjcm sama-sama. ❤❤

Tuesday, 13 February 2018

Short Trip to Port Dickson : Army Museum Port Dickson

Lama x jelajah Port Dickson ni. Walaupun jarak dengan rumah xde la jauh sangat tp memang jarang sangat nk pergi sini. Bila dah sampai PD ni, tercari-cari jugak tempat mana yang best (selain dari pantai). So anak buah ada bagi tau pasal Army Museum ni. Dia pernah pergi situ. Katanya best jugak la. So kitaorang check waze..x sampai 10 minit dari hotel kitaorang. Dekat je rupanye. So petang tu, kitaorang terus pergi ke Army Museum.

Review Hotel disini --> Port Dickson Golf and Country Club Resort

Sampai sana, x ramai la tp parking dia a bit limited. Perasan hari tu macam nak hujan. So kitaorang berharap sempat la nk usha serba serbi. Huh!!! X sampai 15 minit, hujan turun dengan lebat. X dapat tengok semua pun. Lagi teruk, stranded dekat kedai jual2 barang souvenir. Yang kelakarnya, ada abg jual ice cream tu, nk ttp kedai dah. Anak I asyik duk mintak so I approach abg tu, kata nk beli, Dia macam serba salah coz anak I asyik merengek nk ice cream. Last2 dia bukak balik booth dia. Terus semua serbu kedai dia. Semua yang stranded tu membeli. Rezeki di kala hujan lebat. Hehehe

Kitaorang sempat usha jet plane dan tank-tank jer. Indoor museum, helicopter semua, x sempat nk usha. Cian budak-budak. Diaorg yang excited nk pergi. Lagi2 Ziyad. First time tengok dari jarak yang dekat. Selalu in a form of toys jer..this time, real life version punya. I xde la nak naik plane ke, heli ke, tp anak-anak I semua naik. I tukang ambik gambo jerr..

Jom layan gambo-gambo ye..



PILOT N CO-PILOTSSSS

TEMBAK!!

PLANES

BOLEH NAIK UNTUK RASA FEEL

SORANG PANDANG KANAN, SORANG DEPAN, SORANG LAGI KIRI, HAHAHA

For the indoor museum, more to history. X snap lak gambar dalam museum tu. 
Memandangkan x sempat nk usha semua petang tu, so esoknya, selepas check out jerr, kami usha balik Army Museum ni. Dapat la dalam half an hour. Semua tempat kitaorang pergi. Menarik dan unique sangat museum ni. Lagi best coz FREE and educational...sambal bercuti sambal bawak anak-anak belajar. Anak-anak memang semua gembira la. Tp bila disuruh balik, duk mintak ice cream lagi..adoi. Tepuk dahi sekejap.

Dibuka setiap hari dari Rabu hingga Ahad dari pukul 10am - 5pm. Isnin dan Selasa tutup ye!!

Address: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

☺☺

Thursday, 8 February 2018

Short Trip to Port Dickson : Port Dickson Golf and Country Club Resort

Trip 2017..

Ni diantara trip yang unplanned. Mr hubby nk bawak MIL and FIL berjalan-jalan tp memandangkan cuti sekolah, so most places dah fully booked. Kami decided untuk ke Port Dickson saja. Tak nak yang jauh sangat coz penat jugak naik kereta lama2 ni. Lagi pun, I memang dah lama x ke PD ni. Excited jugak. So cari punya cari, my hubby found this resort --> Port Dickson Golf and Country Club Resort. Nak sampai ke sini, x susah pun. Berpandukan waze, confirm x sesat. Apabila masuk ke dalam kawasan resort ni, akan jumpa padang golf dulu. Then baru jumpa resort dia di penghujung.

Sampai2 je akan jumpa bangunan lobby. Check-in check out semua dekat situ. Restaurant pun dekat bahagian bangunan tu jugak. Kedepan sikit, baru bahagian bilik2 resort ni. 3 tingkat saja,

VIEW FROM BELOW

VIEW FROM THE FRONT

VIEW FROM THE POOL

WELCOME

RECEPTION-CHECK IN

Time kami sampai, x ramai pun walaupun musim cuti sekolah. Kami sampai dalam pukul 2 gitu so kami mintak terus check in ke bilik. Kami insist untuk dapatkan bilik yang lower ground. Coz MIL nad FIL x leh berjalan banyak sangat, lagi2 naik tangga. (I pun malas nk naik-naik tangga ni..lagi2 bawak barang..hehe). Dekat sini, xde lif, all stairs. Akhirnya kami dapat jugak bilik bawah tp kena tunggu sekejap la coz tengah dikemas. X lama pun, dalam 15 minute, kami pun dapat masuk. Kami tempah Family Room (2 Bedroom). X berapa besar. Hari tu, dapat la memuatkan dalam 4 dewasa dan 4 kanak-kanak walaupun terpaksa bersempitan sedikit. Tp semua selesa.

Bilik dia pun x banyak. Ada tiga bangunan untuk penginapan. Kami dapat yang berdekatan dengan tangga n swimming pool. So x perlu berjalan jauh sangat. 

Dari segi amenities, semua ok, Water heater ok, air laju, kemas, just mungkin deco old fashioned sikit la kot. Tp all still functional. Nyenyak je kami tido..hehehe

Family Room

Kedua-dua bilik dia x sebesar mana tp mencukupi untuk semua. Aircond dia best. Kuat. Sampai kesejukan semua. Hahaha. Living room pun comey jer (x terambik lak gambo), ada tv, fridge, kettle dan kawasan comey jugak untuk budak2 bermain atau sidai baju.


FIRST ROOM

TOILET

OUR ROOM

Swimming Pool

Selalunya sebelum kitaorang tempah hotel, kitaorang mesti cari yang ada bath tub. Kalo xde, mesti at least ada swimming pool. Ada la activity yang anak-anak leh buat. Dekat sini, ada swimminng pool yang agak besar jugak. Ada kiddie pool dan adult pool. Dua2 for me quite big. Pemandangan pun agak cantik dari arah swimming pool tu. I first day je pg swimming. Second day mr hubby lak. I jadi camera women jer. Minggu tu pun, x ramai, so seronok la anak-anak berenang dekat situ. Time mandi-manda, cuaca pulak memang tengah cun-cun best. X berape terik. So dapat la budak-budak n bapak budak mandi lama-lama.

MAIN BOLA

SEMUA TENGAH BERSERONOK

Breakfast

Bilik kami sekali dengan 4 breakfast. So memandangkan ada dua extra kanak-kanak, so kena bayo extra la. Harga x ingat la pulak. Huhuhuhu..Kawasan breakfast dia dekat kawasan check in tadi. Kitaorang jalan kaki jer, so kena lalu kawasan swimming pool then baru sampai ke resto breakfast ni. Breakfast spread dia biasa saja. Not that many variety. Dari segi kesedapan, not bad la. Yang basic-basic kebanyakan ada. For me, I suka.

BREAKFAST

BREAKFAST


BREAKFAST ATMOSPHERE

Overall, this hotel looks promising but kena update kan sikit dari segi cosmetic feel. Rasa old school sikit bila duduk sini. Tp facilities semua, cantik!! Dari segi harga, for me affordable. Rasanya time cuti sekolah hari tu, family room yang kitaorang book ni around RM2xx. Kitaorang pun last minute booking. 

Memandangkan dah sampai ke PD, so its time to jelajah PD. Jumpa di entry seterusnye ye..



Monday, 5 February 2018

First Ever CoolBlog Store here in Melawati Mall

Siapa pernah dengar pasal CoolBlog, sila angkat tangan!!! ❤❤

CoolBlog is definitely among my favorite drinks around. Sebelum ni, CoolBlog hanya dijual di kiosk2 sahaja. This time, they have opened their first ever flagship store, here at Melawati Mall. Sempena pembukaan store baru mereka, I joined in their Blogger Party yang dianjurkan untuk blogger-blogger yang hadir pada hari tu. Seriously, memang meriah. #JOMCOOL


ARRIVING AT THEIR FIRST EVER STORE

#JOMCOOL

VARIETY OF FLAVORS TO CHOOSE FROM

STAFF-STAFF YANG BEKERJA KERAS

Kami disambut meriah oleh staff-staff CoolBlog dan juga dihidangkan dengan air minuman dari CoolBlog sendiri - Chocolate Beverage. Mr Keith Loh, the CEO of CoolBlog Apps Sdn Bhd was there to brief us a bit about the event and also the history of CoolBlog. Its been 10 years already and since then, they have won multiple awards. Really hope they will open more stores like these & especially a store nearby my home. 😉😉

One of my favourite event during that day was the ‘Create your own Cool Drink’ challenge. Walaupun I tak tersenarai antara top 5, tapi seronok melihat gelagat blogger-blogger yang lain menghasilkan creation mereka. Hasil mereka juga sangatla amazing. I really had an awesome time. 

STAFFS OF COOLBLOG

MR KEITH LOH

Di Melawati Mall ni juga, ada Special Drink tau yang hanya terdapat ni store ni sahaja. Kitaorang dihidangkan dengan drink yang terbaru ni. There was also a demonstration done by Mr Keith himself. Memang sedap. Siap berebut degnan anak I lagi. Last2 anak I sorang yang minum. Harus try lagi-lagi dalam cuaca sekarang yang tengah panas membara ni. Hehe. Limited Edition..Sampai 28th Feb sahaja..Their first ever drink with Ice Cream tau..

COOL BLUE


About CoolBlog…

An international kiosk-based dessert beverage brand, CoolBlog innovates on finding the best of local and global flavors using ice blended and smoothie based creations. We first started out in Malaysia and Singapore by introducing over 25 flavors of beverages and desserts with over 300 product variants. CoolBlog has underlined a three-year growth plan to increase the number of outlets in local and international markets to 500 outlets. CoolBlog’s mission is to also provide quality products and services to customers from all walks of life.



THE FACES OF BLOGGERS WHO WERE THERE

For more info, please check our their FB page : COOLBLOG
Address : Level 5, Melawati Mall (next to GSC Cinema)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...