Wednesday 15 July 2015

3rd Pregnancy : Baby Songsang pada 29 minggu

Hari tu pergi check up dekat hospital. Kali ni pun I decided nak buat check up dekat Hospital An-Nur Bangi. Anak first and second, dua2 dilahirkan dekat sana..coz I suka sangat dengan doctor2 dekat situ..sangat professional..

Bila doc2 scan..doc kata everything is ok..air ketuban ok..berat baby ok..baby pun active..except..yang baby tengah kedudukan songsang..dan jugak uri I dekat bawah..so doc rumuskan I ada Placenta Previa Type 1..ni first time I mengalami benda ni..so this is a very new experience for me..doc inform still ada masa lagi untuk baby move..tp kalo by 36 weeks..xde perubahan..memang kena schedule for c-zer la nampaknye…ehm..tercengang jugak la I time tu..memang dari 24 weeks dulu, doc dekat klinik ada inform yg uri I ke bawah sedikit..tp time tu..i x terfikir sangat coz I dok fikir yg uri tu akan naik balik..tup2 maintain je position dia..huhuhu..

Patut la i rasa byk pergerakan di bawah pusat..rupanya tu kaki dia..asyik tendang2 je kejenya..skg kalo perut mengeras..leh rasa bahagian kepala baby tu kat kawasan atas perut..amazing!!

So balik tu..terus I google..ada cara x untuk bagi baby x songsang..this is some of the info yg I jumpa..

Ni info dari blog bidanbersalin.blogspot.com

1.Merangkak - Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.

2. Kaedah Panas - Sejuk Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek Ais - Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang - Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Menyanyi Dan Bercakap - Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6. Senaman Tilt Position - Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.

7. Lampu Suluh - Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan - Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

9. Doa - Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain.

Hospital siap tampal lagi doa untuk baby songsang ni dekat buku check up i..terharu..

"Wahai Allah yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu, Wahai Allah yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu"


I baca2..x berapa disarankan untuk berurut coz tak tau implikasi selepas berurut tu..doc pun ada sarankan supaya sujud lama2..dan berdoa banyak2..check up seterusnya lagi dua minggu..harap2 by that time..baby ok la..dan uri pun dah naik sikit..amiin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...