Friday 24 June 2016

Menyusu badan ketika berpuasa

Dah lama x mengepam di bulan Ramadhan. Tahun lepas I pregnant dan Alhamdulillah, berjaya juga puasa penuh. Ramadhan kali ni, cabarannye, tuk menyusu badan and mengepam di office. Bulan2 lain, selalu kalo selepas mengepam, mesti akan minum air..kekadang tu boleh sampai pening kepala bila lepas pump tu. Risau jugak di bulan Ramadhan ni, tetibe susu drop pulak, atau x sempat nk pump kat ofis disebabkan waktu kerja yang agak singkat. 

So apa yang I buat setakat ni, tuk try maintain kan susu badan ketika di bulan Ramandhan dan juga untuk memberi tenaga di bulan mulia ni..

1. Sebelum tido, I akan minum air panas, campur dengan nestum atau oat la..bagi perut kenyang sebelum tidur. Selalunye bila pagi, terasa berat jer nenen tu..penuh..tp kalo tetibe baby kuat lak menyusu malam tu..xde la berat mana nenen tu..hehe

2. Time sahur, I akan pump dulu susu..coz lepas pump tu, leh teguk air lagi..

3. Time sahur, I akan minum air panas campur dengan meal shake (Shaklee). Bg protein lebih sikit waktu bulan pose ni. Bg I , I suka minum meal shake ni. Rasa kenyang jerr.. I bg anak i minum meal shake ni jugak, terus lps tu dia dah ada selera nk makan..tembam dah.. Sekarang ni, I pump susu untuk pakai hari. Dah xde stock dah. Stock semua habis dipakai. 

4. Di ofis, I akan try tuk pump sekali. Bukan x mau pump 2-3 kali. Coz waktu pun x berapa nk mengizinkan. Keje terlampau banyak waktu bulan pose ni. Dan jugak nk elak dehydrated sangat. Takut I pening pale nanti bila nk drive balik dari kerja.

5. Time bulan puasa ni, i xde ambil supplement tambahan. Selalunye kalo makan supplement ni, kena minum banyak air..i selalu ada healing crisis kalo makan extra ubat2 ni..so x berani nk ambik time bulan puasa..

Tapi untuk ibu yang menyusu dan ibu yang hamil:-

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
1. Risau tentang keselamatan dirinya
2. Risau tentang keselamatan anaknya

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:

“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:

1. Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
2. Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.

Setakat ni, Alhamdulillah, walaupun dah start bagi susu formula, tp still menyusu Uzayr secara direct lagi and still pump di ofis. Walaupun hasil susu dah x semeriah dulu, tp Uzayr still dapat minum susu ibu lagi..akan i cuba..menyusu badan sampai umur 2 tahun..amin!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...