Tuesday, 25 July 2017

Percutian Santai di Desaru, Kota Tinggi Johor

Cuti sekolah x lama lagi. Korang plan nak bercuti di mana kali ni? Kekadang tu pening jugak nak fikir nak plan bercuti di mana..so apa kata kali ini, ke Desaru Kota Tinggi Johor..Desaru merupakan sebuah kawasan perlancongan pantai yang popular di Johor dan kini semakin popular sebagai salah satu destinasi untuk para pelancong. Untuk pengetahuan korang, Desaru bermaksud “Village of Casuarinas” atau tapak tangan. Dalam bahasa malayu, Desa means kampung dan Ru pula merujuk pada nama tempatan untuk Casuarinas.

Memang banyak penginapan dan chalet yang terdapat di persekitaran pantai Desaru ni. Tapi I cadangkan kepada korang kalo datang sini, untuk menginap di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.  Nak datang kesini sekarang pun dah senang dengan adanya laluan Senai Desaru Highway. Waze kan sahaja, insyaAllah akan jumpa..hehe

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Resort ini menyediakan 720 bilik di mana korang boleh pilih sama ada nak bilik 1,2,3 atau 4 bilik. Pent house (VIP Suite) juga available di resort ni. Setiap bilik diberi free wifi, penyaman udara, kitchenette with coffee & tea facilities, dinner set, microwave dan peti sejuk. Selain itu most rooms juga ada balconies, wardrobe dalam bilik tidur, hairdryers dan TV yang ada 22 siaran. Menarik kan? Semua ada..Resort ini bukan sahaja sesuai untuk yang berfamily tau..yang newly weds pun boleh jadikan resort ni sebagai salah satu option untuk korang berhoneymoon..

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

TARIKAN UTAMA
Antara facilities yang terdapat di resort ini dan mejadikan resort ini antara pilihan kebanyakan family adalah waterpark dia. So sape yang bawa family lagi-lagi yang ada anak-anak kecil tu memang seronok la. Terdapat water play areas such as water slides, splash pads, water playgrounds, lazy river, relaxing gazebo dan pool. Kanak- kanak for sure memang akan berkampung di water playgrounds. Kat situ macam-macam aktiviti menarik yang boleh dibuat. Lazy river dia pulak kawasan untuk korang santai baring atas rakit atau pelampung dan biarkan diri korang dibawa air sungai yang mengalir malas dan perlahan-lahan. Nak feeling lagi, leh pakai spek hitam okeyy. Haha. Confirm akan berendam dan bermain di waterpark dia berjam-jam la. 

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Ada juga playground di kawasan waterpark dia. Kids area..Memang seronok habis la. Budak-budak kalau nampak ada playground di kawasan air, confirm mandi sampai lebam la. 

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PERKHIDMATAN SPA
Selain itu, resort ini turut menyediakan perkhidmatan spa. Dah nama pun Lotus Desaru Beach Resort & Spa kan. Macam-macam pakej yang ada seperti perfect touch, feel good body work, glow, dan yang nak cantikkan tangan dan kaki pun ada. Sediakan duit jela ye. Hihi. Tapi apa salah nye sekali sekala bercuti sambil enjoy spa dia sekali..bestnye bila badan diurut..sambung pulak buat facial..masyuk!!

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

AKTIVITI TEPI PANTAI
Di kawasan pantai dia jugak, ada menyediakan pelbagai sea sports aktiviti. Boleh cuba plebagai activities yang disediakan. Semuanya menarik-menarik belaka. Antaranya aktiviti yang disediakan:-

  • Parasailing
  • Jet Ski
  • Banana Boat
  • Pipi Rider
  • Family Tube
  • Bungy Jumper 
  • Boat Ride
  • Fishing Trip. 
Apepun bila nak buat semua aktiviti ni make sure keadaan cuaca dan laut dia okey yer. Keselamatan harus dijage tau. Safety comes first!!

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

PICS FROM LOTUSDESARU.COM

Yang paling penting kedudukan hotel ni betul-betul di tepi pantai. Haaaa.. best tau dapat menikmati pemandangan yang awesome dan menarik. Kalau dapat tengok keindahan pantai, dengar bunyi deruan ombak, dan menikmati angin dan udara yang nyaman! Di tepi pantai tu juga terdapat gazebo untuk pengunjung bersantai-santai. Korang juga akan terpersona dengan keindahan matahari tebit, matahari terbenam bila berada di kawasan ini. Sememangnya terapi minda yang terbaik. Pantai dan pasir di sini memang cantik dan menarik. Cuma nak ingatkan yer. Bagi sesiapa yang ada anak kecil tu kena perhatikan pergerakan diaorang. Ombak kat sini agak kuat. 

Overall, Lotus Desaru ini merupakan satu hotel yang superb terbaik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Kawasan resort pun sememangnye besar. Tempat untuk check-in dan bilik agak jauh sedikit la. Kena naik kereta. Keadaan bilik dia bersih, kemas dan selesa. Semua pekerja di resort tu pulak tak lokek dengan senyuman dan peramah. 

MAKAN DI MANA??
Kat area sini, sesiapa yang nak cari makanan sedap seafood boleh singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly yang terletak di Bandar Penawar. Lebih kurang 10 km dari Lotus Desaru. Disarankan menggunakan waze or google map ye. Jalan nak ke restoren ni agak ke pedalaman sedikit. Restoren ini terletak di atas sungai tau. Antara menu yang menarik dan perlu di cuba siakap stim, tomyam, ketam masak cili, sup ekor. Masakan dia memang mavelloues!! Hingga menjilat jari gitu.. harga memang agak mahal sikit la ye. Kedai dah popular kot.

Yang malas nak cari makan kat luar boleh je makan kat Teratai Coffee House. View menghadap laut. Macam-macam pilihan makanan dari Asian dan international foods. Setiap hari jumaat pula, Restoran Seaview pula ada menyediakan steamboot buffter dinner. Macam-macam makanan ada seperti laksa penang, chaw kue tiaw, nasi kandar, nasi ayam Hainan, mee jawa, ice kacang, dan lain-lain serta  pelbagai minum. Setiap hari ahad bermula matahari terbenam (7 petang hingga 10 malam), Restoran Seaview menyediakan barbeque & carvery buffet. 

Inilah serba sedikit yang I boleh cerita pasal Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Nak tahu tentang resort ini dan harga terkini Lotus Desaru Beach Resort- book here.

Apa lagi, jom booking terus. Boleh click terus link di atas ye untuk terus booking ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa. via Traveloka. Senang saja!! 😁😁

4 comments:

  1. Pernah je sini sekali. Apartment dia memang selesa sgt. Seronok kalau buat family gathering.

    ReplyDelete
  2. Lotus Desaru ye? Memang satu destinasi yang akan kami masukkan dalam calender tahun depan. Mesti anak-anak saya suka tempat ini nanti. :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. mesti release tension kalau gi sini

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kan...sesekali memanjakan diri setelah seharian kepenatan....bestnya....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...