Tuesday 10 October 2017

Breakfast @ Gerai Laziez Taman Sri Serdang

Jarang-jarang dapat breakfast di luar. Setahun tu memang boleh di kira la. Pagi weekend tu, ada hal sedikit dekat Serdang. Nk pergi ke Perodua. Appointment dalam pukul 10 gitu. So mr hubby ajak utk bersarapan di luar saja. I google la tempat-tempat potential kedai sarapan dan akhirnya terjumpa kedai ni..Nama dia Gerai Laziez yang terletak di Taman Sri Serdang.

WELCOME..JOM SARAP SATAY

DECO DECO DINDING

MENU

Dekat kedai ni, x banyak pun menu yang diaorang hidangkan. Menu memang limited. Tp semua kebaboom. Hahaha. Antara menu yang ada : Lontong, Nasi Lemak, Satay dan Mee Rebus. Kitaorang hari tu order satay, lontong dan nasi lemak (x2). Mee rebus x order coz kitaorang kenyang sangat. Next time la ye..Tp bila tengok meja sebelah makan mee rebus..terliur gak rr..

LONTONG

NASI LEMAK

Nasi lemak dia sedap. Kitaorang ambik yang biasa jerr..tanpa ayam. Sambal dia memang sedap and sedikit pedas la..utk budak memang x berapa sesuai kot melainkan diaorang tahan pedas. I pulak order Lontong. Lama x pekene lontong ni. Memang sedap. Time kitarang datang tu, hampir full house dah. Nasib baik anak-anak i nk makan kat sini..diaorang ni cerewet sikit. Semua bantai makan nasi lemak. Si kecik, i suapkan lontong n nasi lemak la..tp i x bg sambal..menangis budak tu kang..
Yang kelako nye..leh terjumpa kawan tadika ziyad dekat situ. Masing2 duk Putrajaya tp bersarapan dekat Serdang pagi2. Kawan dia pun namanye Ziyad. Patut bila I tanya siapa nama kawan..jawapannye Ziyad..ingatkan I salah dengar..hahaha

JOM BREAKFAST SATAY!!

Satay dia pun not bad. Mana nk cari makan satay as breakfast ni. Memang rare la. Tu yang rasanya antara tarikan utama kedai ni. Service dia jugak agak laju. Cepat jer makan sampai walaupun orang ramai. Dari segi harga pun agak berpatutan. X pricey. Overall, kedai ni memang terbaik. That’s why pagi2 lagi kedai ni dah diserbu orang. Kalo nk kelainan, meh la datang ke Gerai Laziez ni..

K, nasib baik kedai ni dengan Perodua tu dekat jerr..so chow bebeh..

Address: 3365, Jalan 18/31, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...