Wednesday, 28 March 2018

Short Trip to Port Dickson 2018 – Glory Beach Resort

Banyak sebenarnya entry tertunggak untuk travel 2017. Tapi xpe..we take it slow. So I tulis dulu, travel entry 2018 dulu. Coz itu yang fresh lagi dalam ingatan. Haha.

Family Day sebelah mr hubby tahun 2018 kali ni di Port Dickson. Pada mulanya xde la nak join cause mula-mula ingatkan x ramai yang pergi. Plan asal bukan family day pun. Last minute baru kitaorang tau yang kitaorang je yang x ikut. So, last minute tu jugak la booking bilik. Kami share bilik dengan adik ipar. So book via Traveloka untuk 3 bedroom di Glory Beach Resort PD. Kami pergi satu malam jer ni. Yg lain, ada yang pergi 2 malam. 

Memandangkan rumah dengan PD ni x jauh mana, so kami bertolak sebelum tengahari. Plan nye nk buat BBQ bila dekat PD nanti. So kami bawak Kambing perap untuk BBQ tu nanti. Kenapa Glory Beach Resort? Cause salah satu ipar duai ada dapat bilik murah. Tp kami x dpt la bilik yang murah tu. Kami kena bayar harga standard saja. Tp nasib baik la share cos for me, harga dia macam mahal sikit la. 

Time nk check in, yang ni first time I alami tau. Kami sampai dalam sejam awal. Kaunter check in langsung x mau layan. Katanya pukul 3 baru leh check in. Tp pelik jugak. Fully book ke sampai xde bilik langsung. So dalam pukul 245, I beratur balik. Time ni, barisan dia mak aii, panjang giler, tp I layan kan saja. Kalo x, bila pulak nk check in nye. Nasib baik check in cepat. Time ni I x tau lagi tp rupanya kena mintak remote TV dekat kaunter. So sesiapa nk pergi, mintak awal-awal remote tv tu coz bila dah masuk bilik, x jumpa remote, dah malas dah nk turun balik mintak dekat kaunter. Terpaksa jd McGyver cari mana button dekat TV. Hahaha. McGyver la sangat kan. 



Masuk je bilik, dapat view kearah swimming pool. For me, Glory beach ni agak besar. Boleh accommodate ramai orang dalam satu masa. 3 bedroom kami ni, dua yang besar (two singles beds) dan satu bilik yang one single bed la. Bilik air ada dua. Dalam setiap bilik yang besar la. Kalo dewasa tu, dalam 5 orang la cun-cun. Tp coz kami 4 dewasa, yang lain semua comey-comey, so just nice la. Ruang TV pun ok. Luas. Anak-anak ada space lagi untuk berkeja sana-sini. Ada ruang dry kitchen, tp yg x best nye, faucet dia bocor. So tiap kali bukak, terus melimpah atas meja. Dah jadi satu hal nk mengelap. 








First glance dh tau yang resort ni agak lama. Dari segi kebersihan bilik, bg I ok lagi. Just ada bocor sikit, tandas x leh flush, ada satu kunci saja dan remote xde dlm bilik. Dari segi lain pulak, water heater n pressure ok, kuat. Aircond pun sama, kuat lagi. Overall, boleh diterima lagi walaupun ada minor defect sikit. Dr segi design, memang nampak old school sikit la, tp for me, I ok jer. Hehe. Anak-anak memang excited la, diaorang mmg suka tido-tido hotel ni. 



Yang paling best, sangat dekat dengan pantai ok. Turun je leh bukak kasut, main pasir. Petang tu, air belum pasang lagi so budak-budak seronok la mandi. Tp macam biasa, budak bandar, bila kaki cecah je pasir, terus rasa geli la, itu la ini la. Hahah. Adoi, sabo je la. Tp lepas tu, nasib dah ok. semua duk main sand castle and mandi manda.




Dari segi breakfast, x banyak choice tp yang ada pun agak sedap jugak. Ada
 pancake, bubur, nasi lemak, omelette station, mee goreng, roti bakar, salad bar dan macam-macam lagi la. Tp pagi tu, agak ramai dalam satu masa. Nasib dapat jumpa table yang kosong. I sendiri x pernah tengok resort yang sepenuh ini. Memang ramai. 




Ada juga mini palyground bersebelahan dengan pool dia. Swimming pool dia ada dua, satu dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Ni jugak kiranya first time I tengok, swimming pool dia penuh dengan manusia. Padat giler. Termasuk kitaorang sekali la. Dah anak-anak duk memintak nk mandi, so kami pun layan kan saja. Semalam dah mandi pantai, so hari ni mandi swimming pool pulak. Hari tu, slide tu under construction lagi. Kitaorang x lama pun mandi, dalam sejam saja. I x berenang pun, Sejam tu duduk dekat tepi pool. Rendam badan tengok anak-anak. 



Dekat Glory ni ada juga Mini Petting Zoo tp ada masa-masa dia la. Kami x masuk pun, just jenguk-jenguk saja. Ada arnab, turtle dan burung rasanya. Tp hari tu I nampak bunny saja la.



Malam sebelumnye, kami membakar di bahagian yang dibenarkan untuk BBQ. X silap kena bayar tuk BBQ dekat tempat dia. X termasuk dalam pakej bilik. Malam tu, memang ramai yang buat BBQ. So kalo nk dapatkan port yang best, memang kena chop awal-awal. Kami dapat dekat hujung-hujung. Tp agak private jugak la. Sampai ke malam kami BBQ. Banyak giler makanan. I tukang membakar sosej. Sampai kesudah duk membakar. Hehehe. Anak-anak pun ada yang dah tido time tu. Lps tu jenuh la pulak nk mengangkat sampai ke bilik. 

Overall, for me, tempat ni ada pro n cons. Pro dia, yang paling best, dekat gilerzz dekat pantai. Turun je dari hotel, leh jejak pasir dah. Leh terus terjun, bila air pasang. Dari bilik pun, pemandangan memang cantik sangat. Rasa damai je. Pool pun agak besar. Ada pelbagai aktiviti untuk anak-anak. Rasanya ini diantara winning points hotel ni. Bilik agak selesa tp for me, agak mahal sedikit untuk keadaan bilik dan facilities yang I nampak hari tu. Tp itu just my opinion. Apa pun, I had a blast that weekend.

❤❤


Monday, 26 March 2018

Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro Event

Dua minggu lepas I attended satu mommies event by Dumex Dugro, “Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro”. Anak-anak I sememangnye minum susu formula Dumex Dugro ni. Memang satu experience yang luar biasa bila dapat bersama-sama dalam event tu. Event ni encourages mommies-mommies untuk berkongsi dan juga belajar from one mommy to another. Ramai pernah dengar pasal susu Dumex Dugro ni kan. Susu Formula Dumex Dugro ni dirumus dengan lebih lagi DHA*, Omega 3 dan Omega 6 serta lcFOS unik, serat untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi.

MY FIRST TIME JOINING DUMEX DUGRO EVENT

Dumex Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi*. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata. Dugro® juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & Omega 6 adalah acid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja.

Dumex Dugro® merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides), sejenis serat.

Dengan ramuan yang memberikan si kecil penuh nutrisi, sememangnya ramai mommies-mommies di luar sana yang menjadikan susu Dumex Dugro sebagai pilihan untuk anak-anak.

Semua yang hadir dalam event hari tu adalah mommies-mommies semuanya. Seronok apabila dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dan tips-tips parenting masing-masing dalam event tu.

Semasa di event tu, kami dikejutkan dengan kehadiran celebrity Chef, Chef Lin dan juga dua artis yang sememangnya cukup terkenal. Two hot mummies which are Yana Samsudin dan juga Diana Amir. Seronok jumpa artis. Haha. Topic event kami hari tu adalah “6 days dinner recipe menu that are affordable, simple and nutritious”.  Bersama-sama dengan Chef Lin hari tu, kami diberi tips dan cara-cara menyediakan menu-menu yang ringkas dan simple menggunakan susu Dugro dalam masakan harian untuk anak-anak.  Chef Lin juga telah membuat demo masakan menu-menu dengan mengunakan susu dugro. Chef Lin makes it so easy. Nampak mudah dan cepat je bila Chef Lin buat demo. During demo tu, kami diberitahu yang kitaorang semua kena masak dua hidangan yang sama dengan apa yang Chef Lin masak. Oh My!! Hahaha. Cabaran diterima. I sendiri tak pernah terfikir nak gunakan susu dugro sebagai salah satu ingredients dalam masakan untuk anak-anak. Memang an eye opener. Rupanya pelbagai menu kita boleh pelbagaikan dengan menggunakan susu Dumex Dugro ni. Yana dan Diana juga banyak menghidupkan suasana di mana mereka juga banyak memberi pertanyaan dan juga berkongsi pengalaman dengan anak-anak mereka.

 6 menu yang dipamerkan 

BURGER AYAM SAYANGKU

PASTA SI MANJA

NASI GORENG MERIAH

QUICHE AYAM CENDAWAN

BUBUR IKAN RIANG RIA

KEBAB IKAN COMEL

Di event tu, kami diberi dua resipi untuk kami hasilkan. Cooking Class bersama-sama dengan mommies-mommies semua. Berdebar jugak la kan. Haha. Nasib baik kami semua buat secara kumpulan untuk menghasilkan 2 resipi yang diberi iaitu, Quiche Ayam Cendawan dan juga Kebab Ikan Comel. For me, resipi dia sangat mudah dan rasanya sangat sedap. Bukan kanak-kanak aje yang suka. Orang dewasa pun suka. Sebagai seorang ibu yang berkerja, memang perlukan masa untuk menyediakan makanan yang sihat dan cepat untuk anak-anak ni. Tapi dengan adanya menu-menu ni, ia memberikan kita mommies ni the inspiration to try. Dalam 30 minit, pelbagai menu boleh dihasilkan untuk si kecil.

 
MEMASAK PUN KENA ADA STYLE, SAMBIL2 TU BERGAMBAR DENGAN YANA DULU

WORKSTATION HARI TU. 

AHLI GROUP MOMMIES
SEBELUM KE OVEN

HASIL TEAMWORK 

Habis jer sesi masak-masak, mesti la sesi makan-makan pulak. Sedap hasil tangan mommies-mommies semua. Makanan penuh kasih sayang. Sesi Q&A di penghujung event juga memberi banyak sangat information yang sememangnye berguna. Bersama-sama hari tu, diantara pasukan Careline Dumex Dugro yang sememangnye arif pasal nutrisi anak-anak. Ramai yang bertanyakan soalan pasal penyimpanan dan penyediaan makanan untuk si kecil. Dugro sangat professional dan sangat proactive dalam memberikan response kepada participants semua.


CARELINE DUMEX DUGRO YANG SANGAT EXPERIENCE 

SESI Q&A

Kalo korang nk tahu, Dumex Dugro ni ada 24x7 Careline tau. Penasihat pasukan Careline Dumex Dugro terdiri daripada para ibu, bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia mendengar dan menawarkan nasihat untuk anda dan Si Manja. Boleh menghubungi 1800 38 1038 untuk meyuarakan sebarang masalah berkenaan anak anda.

Dumex Dugro sememangnya banyak membantu mommies-mommies dengan memberi sokongan dalam journey mommies’ semua untuk membesarkan anak-anak. Jadi mommy ni banyak cabaran dia. Memang kena equip kan diri kita dangan ilmu pasal parenting dan nutrisi anak-anak. Events like this, which are organized by working mommies for mommies like us, memang sangat terbaik.

Pengalaman I sendiri apabila join event hari tu, memang best la. Dapat bersama-sama dengan rakan media semua, berkongsi tips, dapat pulak jumpa Yana, Diana Amir dan juga Chef Lin, yang mana mereka juga banyak bertanyakan soalan dan memberi positive feedback. Pasukan Dumex Dugro Careline juga sangat berpengalaman. Antara tips-tips yang menarik adalah cara penyimpanan makanan. Tips to freeze food. Lepas masak semua, pastikan kita bekukan item makanan tu satu persatu ye. To be frozen individually. I selalu kalo nk bekukan, bekukan semua sekali. Memang satu tips yang I sendiri tak tau sebelum ni. Kekadang sebagai ibu ni, x sempat nk menyediakan makanan bila balik dari keje. So bila kita bekukan makanan siap2, senang je untuk kita lepas tu panaskan makanan tu untuk anak-anak kita. Kami diberi 6 resipi menu sihat. Kebab Ikan Comel, Bubur Ikan Riang Ria, Nasi Goreng Meriah, Burger Ayam Sayangku, Quiche Ayam dan Cendawan Enak dan juga Pasta Si Manja. Wah..x sabar nak mencuba. All six menu ni, memang sesuai untuk ibu bekerjaya yang busy macam I ni. Hehe

BERGAMBAR DULU DENGAN ARTIS SEBELUM BALIK. KENANGAN

Before heading back, kitaorang semua dapat goodie bags from Dugro. Thank you so much for all the items. One that caught my attention, was the Play Mat. Now, Dugro tengah offer gift with purchase, the 2-in-1 Playmat + Storage Bag. This Playmat + Storage Bag memang sangat berguna. Anak-anak siap berebut kot. Beli mana-mana 2 Pek 900 gram (Any variant & While stock last tau), boleh dapat this 2-in-1 Playmant + Storage Bag. Three designs all together. I got the pink one. Banyak kegunaan Playmat + Storage Bag ni. Its good for story telling and playtime for the kids, storage, pack for picnic and its washable. A feature mommies semua memang suka.

PICS FROM DUEMX DUGRO WEBSITE

Untuk more info, boleh dapatkan di website Dugro tau. Click disini : DUMEX DUGRO

Event tu telah berlangsung :

Date : March 18th
Time : 10am-2pm
Location : The Cooking House, 173, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hopefully there will be more events like this in the future. Looking forward to one.

Wednesday, 21 March 2018

Lunch @ Taeyang Island Shaftsbury Square Cyberjaya

I cuti hari tu, dan seperti biasa, saja nk ngedate dengan husband waktu lunch hour. Bagi chance la kan. Ofis mr hubby berdekatan dengan banyak kedai makan, Tu yang bestnye tu. I memang peminat Korean Food, dan dekat Cyberjaya ni, banyak jugak kedai makan Korea. Pada asalnya hari tu, nk pergi ke restaurant lain. Tup-tup hari tu, I nampak tutup. X sure la tutup sementara atau tutup terus. Harap2 tutup sementara la. I love to eat there. 

Ofis mr hubby ni bersebelahan dengan Shaftsbury Square Cyberjaya. So bila kedai tu dah ttp, I ternampak kedai Taeyang Island ni. I dah lama tau pasal restaurant ni. ternampak time tu dalam IG. Usha-usha menu sikit, then terus masuk untuk order. X silap I, tempat ni dulu, kedai Volcano Shabu-Shabu. Skang dah jadi kedai Taeyang Island dah. Depan kedai ni jer, dah terpampang menu-menu.

Something about Taeyang Island.
Established in 2017, Tae Yang Island is a Korean Restaurant located in Shaftsbury Square, Cyberjaya. The signature dishes here are from its Tae Yang Cheese Series, featuring hot pot cooked with Dakgalbi, Budae Jjigae, Cheesy Buldak and many more. it also offer dishes such as Bibimbap, Bulgogi Beef, Ramyeon and Chicken Wings too. Tae Yang Island is a place to enjoy quality food and it can accomodate up to 160 guests.

WELCOE TO TAEYANG ISLAND

MENU YANG TEMPTING

YELLOW...

ADA GAMBAR ARTIS DI TAMPAL DI DALAM KEDAI..

 I selalu nampak customers akan order jenis set BBQ atau jenis makan ramai-ramai dalam hot pot. Jenis yang bercheese ada, seafood, macam-macam la. Nk terangkan pun agak susah. Tunjuk dengan gamba sudah. Hahaha..


HARGA PUN SANGAT REASONABLE

Tp memandangkan hari tu hari bekerja mr hubby dan waktu lunch dia agak singkat, so x leh la nak makan beria. So i orderkan menu solo je la. Untuk mr hubby, i orderkan Beef Bibimbap and for me, like always, Kimchi Jigae Chicken. Beef xde. Huhuhu.

PART OF THE MENU

Time menunggu makanan ni, asyik terpandang meja sebelah duk makan ramai-ramai. Diaorg order Cheese series tu..tergoda jap tengok cheese tu. Dengan berasap nye lagi. Perghh..memang akan repeat balik la kedai ni. 

Dalam 15 minit, semua order I dah sampai, termasuk la mr hubby. Hehehe. I sampai awal coz I nk orderkan dulu. So bila mr hubby sampai, tinggal makan jerr..leh luang lagi banyak masa..sweet x..kui kui..

MY KIMCHI JIGAE

BANCHAN

HOT LEMON TEA, N ICE LEMON TEA

My Kimchi Jigae, for me, biasa saja. Walaupun I habis licin hirup, tp for me, I have tasted better la. For me, a bit cair. X pekat kuah dia. Inti dia banyak, memang portion size cun-cun jerr..banchan dia not bad la. Ada dua jer, jeruk and kimchi. I siap refill 3 kali kot. I order Hot Lemon Tea n Iced Lemon tea tuk mr hubby. Dua2 air sedap..

BEEF BIBIMBAP RM15

Mr hubby nye Bibimbap, I gotta say..I suka. SEDAP. Walaupun mr hubby kata x cukup sos dia (kurang spicy). Dalam Bibimbap kat sini, first time I jumpa yang ada tauhu. Tiap kedai korea yang I pergi, x pernah jumpa ramuan Bibimbap yang sama. Patut time lunch hari tu, I perasan ramai yang order Bibimbap dia. Harga dia pun agak reasonable tau. Bibimbap dia memang boleh direpeat balik. Dekat sini for me, memang banyak choice makanan. Lagi2 untuk yang group besar-besar. Harga pun memang ok. Rasa akan repeat balik dalam masa terdekat jugak ni. Hahaha. Nasib mr hubby pun gemar makanan korea ni. Layanzz jerr bini dia nk makan apa..

Tempat yang sesuai untuk makan bersama kawan-kawan, family dan juga dating. Meh singgah ke TAEYANG ISLAND..

Address: P3-17,, Shaftsbury Square,, Cyber 6,, Persiaran Multimedia,, 63000 Cyberjaya, Selangor
Daily, 1130am – 10.00pm
Phone : 03-8319 1928

K, chow..❤

Thursday, 15 March 2018

Mari-mari ke KidZania Go @ Quill City Mall KL 19th - 25th March

Tak lama lagi, cuti sekolah pun nak bermula dan rata-rata ramai parents dah buat planning macam-macam untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah. Ada yang plan nk pergi bercuti, balik kampung, bawak pergi jalan-jalan, hantar pergi ke kelas-kelas activity dan bemacam-macam lagi. I pun x terkecuali. Lagi2 tahun ni first time anak masuk sekolah. So bila cuti sekolah bermula, mak nye yang lebih-lebih. Hahaha. Normal la kan. Kalo boleh, nk isikan cuti sekolah anak-anak dengan pelabgai aktiviti yang dapat menjana minda dan fun untuk diaorang.


Apa kata ke KidZania Go di Quill City Mall KL untuk cuti sekolah kali ni.

Event: KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur, Main Atrium, Ground Floor
Date: 19th – 25th March 2018
Time: 10.00am – 9.30pm Daily

I sendiri belum pernah pergi ke KidZania. Tapi selalu dengar stories dari kawan-kawan pasal aktiviti yang anak-anak diaorang buat sepanjang di dalam KidZania tu. Sambil have FUN, sambil belajar. Combo yang sememangnya terbaik.

Di KidZania GO ni, terdapat pelbagai aktiviti yang akan disediakan :
1-Sharp Air Quality Control
2-Scott's Research Lab
3-Mc Donald's Fitness Center
4-Magic Studio
5-TV Studio
6-Volvo - Stop, look and wave
7-Court house
8-Recycling center

Lapan-lapan activiti ni nampak menarik kan. Bagi exposure kepada anak-anak kepada dunia pekerjaan. Anak-anak confirm seronok. Untuk mendapatkan FREE tickets, mudah saja, dengan setiap pembelian sebanyak RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet dalam Quill City Mall, korang boleh redeem ticket untuk masuk ke KidZania Go ni. Lepas shopping, leh redeem terus ticket tu. Jangan terbuang resit tu pulak ye kawan-kawan.

Don't miss out this event guys..☺☺






Tuesday, 13 March 2018

Weekend Activity : G2G Animal Garden MAEPS Serdang

Dalam 2 minggu yang lepas, mr hubby pergi Fun Fishing dekat MAEPS Serdang. MAEPS Serdang tu dengan rumah kitaorang x jauh mana pun. Dalam 10-15 minit jerr. So bila I google MAEPS tu, ternampak pasal this mini petting zoo yang ada dekat MAEPS tu. Last time I datang ke MAEPS, time tu ada book fair. Tp time tu zaman bila. Lama gak la x usha sini. So bila check2, nampak macam menarik jer..

Plan asal nk bawak budak2 ni pergi mandi manda wet world. Tp coz cuaca sekarang boleh tahan panas, I ajak mr hubby pg ke G2G Animal Garden ni. Bagi budak-budak main2 dan kenal binatang. Mr hubby pun on je. Berpandukan waze, senang je nak cari tempat ni. Animal Garden ni dibuka bermula jam 10 pagi. Kami, sebelum kul 11 dah terpajak dekat situ. Hahaha. X ramai lagi time pagi2 tu. Time kami nk balik, baru start ramai. Penuh jugak la weekend tu. 


MACAM-MACAM ADA DEKAT SINI


Harga ticket dia, untuk dewasa (MYKAD) adalah RM20. Kanak-kanak adalah RM10. Bawah 90cm, FREE. 
So kami, total semuia RM60. 

Ticket dia berupa sticker. Kami lekat je la dekat baju masing-masing. Banyak jugak binatang dalam ni, tp yang paling banyak, kambing la kot. Hahaha. Ada masa tu, kambing tu siap ikut je anak I pergi mana. Berlari diaorang. Diaorang tengah pegang rumput kot. Kambing tu lapo agaknya. Pergi la keja. Nasib anak-anak I x menangis. Masuk-masuk je akan jumpa cage untuk burung-burung. I sempat la jugak pegang burung walaupun dalam hati takut dipatuk. Hahaha. Manja betul burung dia. 

MANJE BETUL BURUNG NI..GELI SEBENARNYA TIME NI..HEHEHE

ZIYAD SUKA BETUL BURUNG PUTIH NI. MAKANAN BURUNG BOLEH BELI, RM1 SAJA


Next, kawasan reptilia dan kawasan binatang yang jinak-jinak. Bahagian reptilian tu, ada ular bagai. Anak-anak I semua x berani nk pegang la. I pun duk tengok dari jauh je..Kawasan haiwan jinak-jinak tu, ada kucing, hamster, anak kambing, rabbit..dekat sini, anak-anak I suka. Hampir semua kot dipegang. Kucing dia gebu-gebu dekat sini. Sebeso anak I Uzayr pun ada. 


GEBU-GEBU KUCING DIA..GERAM SANGAT TENGOK.


Next kawasan rabbit n kawasan kambing. Kawasan rabbit tu, dah macam kartun rabbid invasion dah. Berkeliaran rabbit tu. Kitaorang kejar jugak..haha. Anak I si Uzayr tu, nmpk gayanya macam takut nk pegang. Setakat ni, pegang kucing je. Kitaorg suh pegang bunny tu pun hampir nk nangis dah. 

Ada juga pony ride dekat sini. Kena bayar RM5 kalo nk naik. Anak I bila buat muka x nak naik tu, kitaorang pun xde la beratur nk bayo. Lily lak, bila tengok pony tu, katanya macam “applejack”. Salah satu pony dalam kartun My Little Pony tu. Itu pun katanya x nak naik jugak. Next, ke kawasan Goat2Farm. Penuh dengan kambing. Banyak jugak ternakan dia dekat sini. 

PONY RIDE ANYONE??

BANYAK BUNNY BERKELIARAN..NK TANGKAP X RETI..HEHE

RUMAH TURTLE NI BESAR SEBENARNYA..

LEH JADI PENGEMBALA NI

KAWASAN KAMBING2

BESAR JUGAK KAWASAN DIA

BENGAL CAT

Dekat sebelah farm ni, ada juga cafĂ©. Mula-mula nk makan dekat situ, tp tengah peak hours..ramai..so terus x jadi. Ada lamb chop, chickon chop, soup kambing..mesti sedap kan. Next  time la kami cuba. 
Dalam 12.30, kitaorang pun blah..pergi cari makan dekat Bangi. Hehehe. Sebelum balik, beli Souvenir ni. Keychain, berasaskan gambar kitaorang. RM20..mahal gak rr tp beli coz nk jadikan kenangan. Apa pun, tempat yang menarik untuk bawak budak-budak during weekends. Seronok tengok budak2 having fun. 


K, chow dulu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...