Tuesday, 3 April 2018

Lunch @ Tamu by Santai KL Gateway Mall

Bila fikir nk makan dekat mana, selalu jadi blurr coz sampai dah x tau nk makan mana bila lunch hour. So this time around, kitaorang nk sambut birthday salah sorang geng ofismate. Kitaorang ni suka makan luar lagi2 bab nak sambut besday ni. Fikir punya fikir, still x tau nk makan apa. Hahaha. Mula-mula plan pergi je KL Sentral. Sampai sana baru fikir. Gitu kan. Last2 ada kakak ofis tu cadangkan makan di Tamu by Santai di KL Gateway Mall. So kitaorang pun on je la. Tempat pilihan kitaorang kalo nk makan luar selalunya area bangsar, bangsar south, mid valley, kl gateway dan KL / Nu Sentral. Lebih dari tu, selalu akan fikir banyak kali. hehehe.

Walaupun KL Gateway dengan ofis, satu station LRT jer, tp coz malas nak menapak, kami pergi naik grab. Hahaha. Sampai jer dekat KL Gateway ni, resto ni dekat LG ye. Berhadapan dengan ruang kosong di bahagian outdoor dia sikit. Mall ni still consider baru. Ada lagi kedai yang masih belum bukak.


Serba sedikit pasal Tamu by Santai ni 

"Launched in 2017, Tamu is brainchild of the Santai group of restaurants. Tamu offers a wide range of mouthwatering desserts and delicious multicultural cuisine; namely Thai, Malaysian and Indonesian. At Tamu, you will enjoy meals that are prepared with love that will bring back fond memories of mom's cooking and a cosy environment that makes you feel at home"

BAHAGIAN LUAR

BAHAGIAN DALAM

For me, its more to Asian Fusion punya food la. I sekali bukak jer menu dia, dah tau nak makan apa, Laksa Johor. Lama x dapat wei. Bila jumpa jer, terus order. Yang lain, ada yang order, Nasi Lemak, Mee Bandung, Tom Yam, Penang Kueh Teow, Kueh Teow Hailam dan Ayam Butter. X lupa juga, dekat sini, ada jual cake. Itu yang penting. Senang nk celebrate besday gurl. Memandangkan kami ramai, kami ambil 3 slice cake dia. Pavlova, Pandan Gula dan Choc Moist.

MENU

MENU

PELBAGAI KEK

Jom usha gambar makanan dulu ye. 

NASI LEMAK

TOM YAM N AYAM BUTTER

MEE BANDUNG

MY LAKSA JOHOR

PENANG KUEH TEOW

My verdict for the Laksa Johor, not to my liking. Portion dia agak besar jugak la. That's a good thing. Tp taste wise, I pernah try yang lagi meletops la. Sorry..tp Mee Bandung dia sedap. Pekat dan cukup rasa. Tom Yam dia pun ok. Hailam pun for me, agak sedap. Ada rasa sesame oil sikit. Tp untuk tekak I la kan. Apa pun, habis semua kitaorang makan. Licin kot. 

Last, dessert time. Sampai tumbang kek dibuatnya. Hahaha. My fav, choc moist dia. Rasa rich in chocolate. Memang sedap gilerzz. Pavlova pun sedap tp manis wei. Berpulun semua nk menghabiskan kek. Besar kot kek dia. Last2 tapau bawak balik ofis. Time kami nk beredar tu, memang full house dah kedai ni. Environment dia memang best. Sesuai untuk office lunch. Coz kitaorang dapat seating di bahagian luar, so memang seronok la. Dapat bergosip dan happening. Dari segi harga, mahal dari biasa sikit la. X leh selalu ni. Sebelum nk bayo..tekejut kitaorang tengok bil. Rupanya, diaorang terpunch lebih. Setiap item tu, lebih satu. Lepas rectify semua, baru kitaorang settlekan bil dia. 

KEK DOWN..

So if u guys are in the area, and looking for some good food or a place to just chill, u guys can come try here. 

Address: KL Gateway Mall, Lot LG 1.09, Piazza Area,, No 2 Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, Kampung Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Open : 10am to 945pm. Last order 930pm

2 comments:

  1. kemain laksa johor nampak sedap je ek

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap sedap semua menu yang ada.sama lah lama tak makan laksa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...