Monday 14 May 2018

Short Trip to Kuantan 2018 : JJCM Kuantan to Temerloh

Lama wei x jelajah bandar Kuantan. X ingat bila last datang sini. So bile dah bercuti, harus la JJCM. Bila google je tempat makan yang sedap dan menarik di Kuantan, akan keluar la beberapa tempat yang sememangnye viral dan ramai pengunjung. So ini antara beberapa tempat makan yang kami terjah sepanjang percutian 3 hari dua malam kami di Kuantan. 

KULA CAKES
Rasanya semua yang pergi ke Kuantan, pasti akan menyinggah ke Kula Cakes. Walaupun hotel kitaorang ni berdekatan je dengan Kula Cakes ni, tp still x berkesempatan nk makan dekat situ. Kami hari tu tapau jer. Start bukak jer, around pukul 1 tengahari,  I terus beratur. Time tu kami nk bergerak pergi Temerloh. Plan nk makan di perhentian seterusnya la. Kenapa x makan situ?? Anak2 tido. So cian nk kejutkan diaorg. Lagi2 semua jenis payah nk tido. So kalo tido siang tu, maksud memang penat la tu. 

KULA CAKE

PELBAGAI VARIETY CAKE

MANGO CHEESECAKE

Time beratur tu, belum bukak lagi pun line dia dah panjang. Ramai dah chop tempat dekat situ. Perghh..nasib I orang yang kelima..cepat gk rr. I dah memang aim nk Mango Cheesecake tu. Tp bile masuk je kat kedai tu, ada banyak choice cake yang sedap2..last2 I order 2 Mango Cheesecake dan Pavlova. Orang depan I, rasanye macam tiap satu cake tu dia order..memang peminat tegar tu. 

Seriously, Mango Cheesecake dia is to die for. Sedap giler!! That's why orang sanggup beratur panjang berjela tuk dapatkan kek dia jer..apa pun, I will confirm revisit n makan dekat situ. Tunggu saja ye. Hehehe

MAIL IKAN BAKAR Tanjung Lumpur
Bila dah sampai ke Tanjung Lumpur, kitaorang duk mencari seafood pulak. Ana Petai Ikan Bakar siap ada dua cawangan dekat tanjung lumpur tu saja. Tp time kami sampai, penuh giler dengan orang. I pernah makan dekat cawangan Bangi, not to my liking sangat. Mungkin juga coz I x berapa suka petai la kot. So bila tengok penuh sangat tu, terus x jadi. Ke pilihan seterusnya, ke Mail Ikan Bakar. Time ni, nampak pengunjung baru nk ramai. Nasib dapat tempat. So apa kami order, ikan bakar, sotong goreng tepung, tomyam dan sayur. 

IKAN BAKAR

SOTONG GORENG TEPUNG

OUR DINNER

Ikan bakar dia, for me biasa sahaja. Jenuh gak nk habiskan..Sotong dia agak sedap jugak la. Time ni dah start peak so makanan dan minuman xde la awal mana sampainya..mengamuk gk rr anak-anak I. Overall, for me, makanan dia biasa saja..tp yang paling x tahan tu, harga dia giler mahal. Utk apa yang kami order tu, terkejut gak rr bila time nk bayo. So this is probably the first and the last la. Sorry to say. Can get better food with better price elsewhere. Makanan dia yang lain, x leh comment. Ramai gk I nampak order kerang dia. I berdua je ngan mr hubby. Anak2 bukan pemakan seafood. so susah sikit la nk makan banyak2.

But this is just my preference. Lidah masing-masing kan. I selalu gak makan kedai seafood, lagi2 kampung I tepi pantai jerr..so dari kecik, dibesarkan dengan ikan & seafood. Ayam memang jarang2 dulu. Time nk balik tu, kedai ni memang dah full house. Apapun, if you are in Tanjung Lumpur, leh la kalo nk menyinggah sini. 

Address : Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Bukak pukul 5pm

SATE WAK RADOL
Kenapa Sate?? Coz ni kedai yang paling dekat dengan hotel waktu tu. Perut dah lapo, n bau sate dia menusuk kalbu. Hehehe. So saja nk try. Order sate and makanan dinner masing2 la. Sate dia not bad, Sedap jugak. Malam tu ramai gak yang duk makan sate ni. Anak I sampai satu tahap asyik duk tanya kitaorang, kenapa asyik makan jer. Lepas makan, makan lagi. Hahaha. JJCM la katakan. 

HARGA..

SATE DAGING N AYAM. DAGING LAGI SEDAP LA. 

KUEH TEOW KUNGFU

GO'BANG MAJU - Restaurant Patin Tempoyak
Antara menu yang paling dicari bila pergi Pahang, x lain x bukan, Ikan Patin. Kitaorang lepas je dari Kuantan, pergi ke Temerloh pulak. Pg Kubang Gajah Mini Waterpark. Tunggu di entry yang lain ye. So otw ke Mini Waterpark tu, terjah Go'Bang Maju Restoran Patin Tempoyak. Kedai ni dengan waterpark tu dekat giler rupanya. Kitaorang sampai dah macam minum petang dah tp still ramai lagi pengunjung dekat Go'bang ni. 

WELCOME

PATIN BAKAR. UNIQUE RASA. FIRST TIME MAKAN PATIN BAKAR.

3 NASI, PATIN BAKAR N PATIN TEMPOYAK

PATIN TEMPOYAK

Menu pilihan, Ikan Patin Bakar dan Ikan Patin tempoyak. Anak2 makan ayam goreng.
First time makan Patin Bakar. Lain rasanya. Rempah dia kot. Tp I prefer Patin Tempoyak dia la. Lagi flavorful. I bukan la peminat sangat tp sekali sekala, leh layan ikan patin ni. Masyuk!! Ada macam-macam makanan sampingan dekat sini. X sempat nk snap. Snap apa yg ada atas meja je. Hehehe. Cuaca memang panas petang tu. Tp, layanzzz je la.

Address: 1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Mr hubby kata nk menyinggah lagi ke Kuantan. Boleh berJJCM lagi next time & juga sebab mr hubby nak pi memancing. Husband dah dua kali dah memancing Kuantan. Orang nak berhobby, kita support. 😏

Untuk baca review penginapan kami dia Hotel Sentral Kuantan, leh baca disini ye : CLICK HERE


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...